Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat
berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia
melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang
gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa
semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak
disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam
Lailatulqadar.
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w.
menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat
itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis
yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar
dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia
beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang
terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang
menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan
Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk
menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada
Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan
bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada
bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui
malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir
daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23,
25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa
hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman
Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23
Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w.
menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar
supaya ianya bersedia dan menghayatinya.
Baginda menjelaskan malam
Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas
dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari
satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari
bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu
tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10
malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara
itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang
diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di
akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah
s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa
yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang
berikut"
Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim
ulamak kita melakukannya seperti membaca doa. Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan
mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih
bahawa malam Lailatulqadar wujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada
malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa
tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan
itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang
penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di
malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu
taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan
meninggalkan segala larangannya.
No comments:
Post a Comment