Kegembiraan umat Islam menjelangnya Hari Raya Aidilfitri
tidaklah bererti kita menyambutnya sebagaimana kaum-kaum yang lain bersuka ria
pada hari-hari kebesaran mereka.
1. Sebelum pergi menunaikan solat sunnah Hari Raya
Aidilfitri, Baginda SAW akan mengenakan pakaiannya yang terbaik, kemudian
menjamah tamar dengan bilangan butiran ganjil iaitu tiga, lima atau tujuh biji.
Hal ini berlainan dengan Hari Raya Aidiladha di mana Baginda SAW imsak (tidak
makan) sebelum menunaikan solat sunnah Hari Raya Aidiladha.
2. Baginda SAW akan berpesan agar kaum muslimin menyegerakan
pembahagian zakat fitrah kepada mereka yang berhak, manakala solat sunnah
Aidiladha disegerakan supaya umat Islam dapat mempercepatkan urusan sembelihan
korban. Mengenai hal tersebut, Allah Ta 'ala berfirman: "Maka dirikanlah
solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah! " (Al Kautsar: 2).
3. Ibnu Umar RA kerana mahu bersungguh menghayati sunnah
Nabi SAW, beliau hanya akan keluar untuk pergi menunaikan solat sunnah selepas
terbitnya matahari dan di sepanjang perjalanan beliau akan terus bertakbir dan
bertahmid memuji Allah SWT.
4. Nabi SAW akan mengerjakan solat sunnah itu sebelum
berkhutbah. Di dalam solat berkenaan, Baginda SAW akan bertakbir sebanyak 7
kali dan berhenti seketika. Hanya Riwayat Ibnu Mas'ud sahaja yang menjelaskan
bahawa Nabi SAW membaca Hamdalah dan berselawat di antara takbir-takbir itu.
Pada rakaat yang kedua, takbir adalah sebanyak lima kali. Diriwayatkan juga
bahawa Ibnu Umar RA mengangkat kedua-dua tangannya semasa bertakbir.
5. Pada rakaat pertama Nabi SAW akan membaca Al-Fatihah dan
Surah Al-Qaf dan di rakaat yang kedua pula Al-Fatihah bersama Surah Al-Qamar.
Kadang-kadang Baginda SAW akan membaca Surah Al-A'la dan Surah Al-Ghasyiah.
6. Nabi SAW tidak mengerjakan sebarang solat sebelum atau
selepas solat sunnah hari raya itu. Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata :
"Sesungguhnya Nabi SAW menunaikan solat Aid dua rakaat tanpa disertai
solat yang lain baik sebelumnya mahu pun sesudahnya. " (HR. Al Bukhari dan
Muslim dan yang lain).
No comments:
Post a Comment