Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah
mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini,
tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia
yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya.
Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta’ala.
Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan
tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang
berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa
batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat
mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud?
Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.
Nama Allah pada lima jari tangan
Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di atas.

Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan
Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya,
maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam
Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan
kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99. Dan adalah
nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai
Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik).
Saluran udara pada peparu pernafasan membentuk kalimah
Tauhid
Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah ‘La ilaha illallah’ (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya
kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu
yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Otak manusia dalam keadaan seperti orang sujud dalam solat
Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan
kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak
berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila
kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada
Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh
tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?.
Waallahualam..
No comments:
Post a Comment