Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. dikala itu sedang mengalami
musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi.
Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman a.s. mulai didatangi oleh
ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah
s.w.t. agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai
mereka. Baginda Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan satu rombongan besar
pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan
untuk berdo'a memohon kepada Allah s.w.t. agar musim kering segera
berakhir dan hujan segera turun.
Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t. penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan.
Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t. penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan.
Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu,
kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah s.w.t. Mendengar
doa si semut maka Baginda Sulaiman a.s.kemudian segera memerintahkan
rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka,
"Kita segera pulang, sebentar lagi Allah s.w.t. akan menurunkan
hujan-Nya kepada kalian. Allah s.w.t. telah mengabulkan
permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya
pulang kembali ke kerajaan.
Suatu hari Baginda Sulaiman a.s. sedang berjalan-jalan. Ia
melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma.
Baginda Sulaiman a.s terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan
menanyainya: "Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut
menjawab, Ini adalah kurma yang Allah s.w.t. berikan kepada ku
sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mengambil
sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, "Wahai semut kemarilah engkau,
masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku
berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku
akan datang lagi untuk melihat keadaanmu".
Si semut taat pada perintah
Nabi Sulaiman a.s.. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman a.s. datang melihat
keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak
banyak berkurang. Baginda Sulaiman a.s. bertanya kepada si semut, "Hai
semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu" "Wahai Nabiullah,
aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah
s.w.t. yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi
kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau
tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak),
jawab si semut.
No comments:
Post a Comment