Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau
membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a.
seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan
umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang
memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.
Dulu hidup seorang
ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah
Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita
cantik. Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh
memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.
Pertama minum khamr,
kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil
daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu
lalu memilih minum khamar tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang
memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain.
Dalam keadaan mabuk
dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
Kerana itulah hindarilah khamar, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala
kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu
dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk
mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai
akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."
No comments:
Post a Comment