Iktikaf dari sudut syarak membawa maksud : Berada dalam
masjid dengan niat yang khusus.
Dalil Disyariatkan
Firman
Allah Taala :
وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي
الْمَسَاجِدِ
Dan janganlah kamu menyetubuhi mereka (isteri-isteri kamu)
sedangkan kamu beriktikaf di Masjid.
[Al-Baqarah
: 187]
Aisyah ra juga pernah bercerita:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ
يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ
اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِه.
“Nabi saw telah beriktikaf pada sepuluh akhir bulan
Ramadhan. Kemudian isteri-isteri Baginda beriktikaf selepas kewafatannya.”
[Hadis Riwayat
Al-Bukhari]
Hikmah Disyariatkan
Disyariatkan iktikaf untuk menjadi usaha yang mengumpulkan
segala niat yang baik dan menyucikan hati, juga mendidik jiwa supaya zuhud
terhadap syahwat (keinginan) yang dibenarkan dan menjauhkan diri daripada
melakukan pelanggaran dan dosa.
Hukum Iktikaf
Iktikaf sunat dilakukan pada setiap masa. Pada bulan
Ramadhan, ia disunatkan lagi. Pada sepuluh malam terakhir pula, ia lebih
ditegaskan lagi hukum sunatnya. Bagi yang bernazar, maka wajib baginya untuk
beriktikaf.
Syarat Sah
1- Niat
2- Berada dalam Masjid
Adab iktikaf
1- Memenuhkan masa dengan
melakukan ketaatan kepada Allah seperti zikir, membaca Al-Quran, dan
perbincangan ilmu.
2- Berpuasa.
3- Dilakukan dalam masjid
yang dilakukan solat Jemaah dan Jumaat padanya.
4- Tidak bercakap
melainkan perkara yang baik-baik
Perkara Makruh Ketika Iktikaf
1- Berbekam, apabila
perbuatan ini tidak mengotorkan masjid. Sekiranya ia mengotorkan masjid maka
diharamkan.
2- Terlalu banyak
melakukan pekerjaan lain seperti menenun bulu, menjahit, dan sebagainya. Begitu
juga jual beli walaupun sedikit.
Perkara Yang Merosakkan Iktikaf
1- Bersetubuh
2- Keluar daripada masjid
dengan sengaja tanpa hajat
3- Murtad, mabuk dan gila
4- Keluar haid dan nifas.
Orang yang beriktikaf dibolehkan untuk menghentikan
iktikafnya dan keluar dari masjid apabila dia mahu. Apabila dia masuk semula ke
dalam masjid, dia hendaklah memperbaharui niat iktikafnya.
No comments:
Post a Comment