Pesan Ibu

Ibu berpesan, jadilah anak yang dipandang mulia,
Ingat pesan Ibu, jagalah maruah diri, jangan dikhianati amanah Tuhan,
Ingat pesan Ibu, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan
akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari
rakus sejengkal di atas ubun-ubun..
Ingat pesan Ibu, jika Ibu sudah tiada ayahmu dijaga rapi, jangan disakiti
hatinya. Ayahmu manja, cepat terasa, lagi-lagi pabila usianya tua..
Ingat pesan Ibu, dirimu wanita, banyak godaan, banyak cubaan..Bila menjadi
isteri orang, hormati suami, jaga kehormatan diri dan juga suami..
Ingat pesan Ibu, taati suami, jaga peribadi, jaga budi pekerti..
Ingat pesan Ibu, sambutlah suami pulang dengan senyuman, bukan muncungan
mulutmu, pakailah penuh seri, bibir bergincu, badanmu sentiasa wangi…dandani
dirimu, perlengkapkan rumah dengan kemas dan rapi.
Ingat pesan Ibu, anak-anak adalah harta sampai mati..didik jangan dibiarkan
sepi tanpa ayat-ayat suci Ilahi..basahi lidah mereka dengan kalam suci…
Ingat pesan Ibu, carilah ilmu sampai mati…ilmu duniawi dan ukhrawi…Ibu hanya
mampu berpesan, Ibu bukan ilmuan…Ibu sayang kamu…Ibu tidak mahu kamu tandus
kekeringan di dunia fana ini. Bercucuk tanamlah kelak kau dapat hasilnya. Dunia
ialah kebun akhirat anakku.
Daripada Abi Ya’la Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu daripada Rasulullah S.A.W
sabdanya : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya
dan dia suka beramal untuk bekalan sesusah mati, sedangkan orang yang lemah
(tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikutinya hawa nafsunya dan hanya
banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan
pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh)
(Hadith riwayat Imam Al-Turmuzi)
» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.
Tetapi
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
“Ya-Allah, bahagiakanlah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka telah
membahagiakan kami suatu ketika dahulu. Amiin ya Allah....
No comments:
Post a Comment