Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa
kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan
perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa
kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk
pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan
bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran
Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini
perlu meneruskan kelangsungan hidup sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika
manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya
dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berupa
kecintaan pada apa yang diingini, yakni wanita" [Ali-Imran: 14]
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak
berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini
tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada
melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam
tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan
dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu
mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi,
maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik.
Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk
mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
"Janganlah sekali-kali berdua-duaan antara seorang
lelaki dan seorang perempuan atau berpergian dengannya melainkan disertai
muhrimnya" [Al-Hadith]
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku,
panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan
melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah
iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
"Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan
pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mempamerkan
kecantikannya kecuali bahagian badan yang boleh kelihatan (muka dan telapak
tangan) dan supaya menutup dadanya dengan kerudung(khimar)..." [An-Nur 31]
Sumber-Internet

No comments:
Post a Comment