Diriwayatkan dari sebuah kitab, terdapat seorang wanita pembakar roti di zaman Nabi Isa AS. Suatu hari sedang wanita tersebut membakar roti maka berkumandanglah panggilan untuk menyembah Allah SWT. Wanita tersebut dengan segera bingkas bangun dan meninggalkan roti yang sedang dibakar semata2 untuk mengadap Allah SWT yang Maha Besar. Dengan hati yang penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah menyembahkan diri di hadapan Tuhan yang Agung.
Ketika itu datanglah syaitan yang menyamar seperti seorang
perempuan dan berkata kepada wanita itu: "Sudah hangus agaknya roti engkau
di tempat pembakaran." Jawab wanita itu: "Tuhan lebih baik dari roti
itu." Syaitan berasa sangat putus asa kerana tidak berjaya menggoda wanita
itu. Lalu syaitan itu mengambil anak wanita tersebut dan dicampakkannya ke
dalam bara api. Tidak lama kemudian, suami wanita itu masuk dan didapatinya
anaknya sedang bermain-main dengan bara api.
Melihatkan kejadian yang pelik itu, suami wanita itu terus
pergi berjumpa Nabi Isa AS dan menceritakan segala yang terjadi. Nabi Isa AS
berkata: "Bawa daku kepada anakmu". Setelah Nabi Isa AS melihat kanak
kanak tersebut sedang bermain-main dengan bara api maka beliau berasa amat
takjub. Lebih-lebih lagi di celah-celah bara api itu, tumbuh sebatang pohon
delima dengan buahnya dan kanak-kanak itu menghisap buahnya. Bara api itu pun
bertukar menjadi batu-batu permata iaitu aked dan lukluk. Kanak kanak itu
bermain-main dengan gembira dengan batu batu permata itu.
Lalu Nabi Isa AS menyuruh membawa isteri lelaki itu untuk
mendapat kepastian. Nabi Isa AS berkata: "Apakah pekerjaan yang kamu telah
lakukan sehingga Allah SWT memuliakan kamu dengan kemuliaan ini?" Jawab
wanita itu: "Aku selalu mengamalkan tiga perkara di dalam hidupku.
Pertama, wuduk tidak pernah hilang daripada diriku melainkan aku
memperbaharuinya kembali apabila batal. Kedua, aku selalu memikirkan orang mati
diusung oleh orang hidup di kubur. Aku juga akan menemui nasib seperti mereka
suatu hari nanti. Ketiga, hajat manusia akan aku cuba capaikan sedaya upayaku
semata-mata untuk mencapai keredhaan di sisi Allah SWT."
Setelah Nabi Isa AS mendengar kata-kata wanita tersebut,
maka beliau berkata: "Inilah warisan para anbiya dan jikalau kamu lelaki,
nescaya aku akan naik saksi bahawasanya kamu adalah seorang nabi. Tapi tidak
ada nabi untuk perempuan."
Waallahualam...

No comments:
Post a Comment