Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang
ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal
malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu
lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan
sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh
perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas
puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak
meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab
Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal
Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan
untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek
Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai
Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak
membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap
malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail
Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat
ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600
sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul
Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq
Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap
orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan
Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir
dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang
mukmin hingga terbit fajar subuh, berkata para malaikat kepada Jibrail ,
apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)
pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada
umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka,
diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan
dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya,
orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan
saudaranya lebih dari 3 hari.
Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh
Budiman Radhi.

No comments:
Post a Comment