Sebaik-baik contoh adalah Rasulullah s.a.w. Dalam soal diet,
Rasulullah s.a.w. telah tunjukkan kepada kita cara pemakanan yang betul melalui
beberapa hadis sahih. Bukan saja dapat membentuk tubuh badan yang ideal seperti
Baginda Rasulullah s.a.w., malah dapat menjaga tahap kesihatan badan kita.
Pakar kesihatan mengatakan kebanyakan penyakit berpunca dari perut. Jadi dengan
menjaga perut bermakna kita menjaga kesihatan badan keseluruhannya.
Sebelum kita kepada amalan diet Rasulullah s.a.w., kita
teliti dulu beberapa hadis sahih tentang makan dan minum Baginda Rasulullah
s.a.w. seperti berikut:
Ka’ab bin Malik berkata: Rasulullah menjilat jari-jari
Baginda tiga kali sesudah makan(Direkodkan oleh Tirmizi dan Muslim).
Abu Juhaifah berkata: Rasulullah berkata, “Aku tidak makan
sambil bersandar.”(Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud dan Ibu Majah).
Aisyah berkata: Keluarga Rasulullah tidak pernah memakan
roti gandung sehingga kenyang selama dua hari berturut-turut, sehingga Baginda
wafat (Direkodkan oleh Tirmizi, Muslim dan Ibnu Majah).
Aisyah berkata: Rasulullah berkata, “Sebaik-baik lauk adalah
cuka.” (Direkodkan oleh Tirmizi, Muslim dan Ibnu Majah).
Aisyah berkata: Rasulullah menyukai manisan dan madu (Direkodkan
oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Abu Dawud).
Aisyah berkata: Rasulullah pernah memakan buah tembikai
dengan kurma yang baru masak (Direkodkan oleh Tirmizi dan Nasa’i).
Ibnu Abbas berkata: Aku menuangkan air zam zam untuk
Rasulullah, Baginda minum sambil berdiri (Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari
dan Muslim).
Anas bin Malik berkata: Rasulullah menarik nafas sebanyak
tiga kali di luar bekas minumannya emasa minum. Baginda berkata, “Cara ini
lebih menyihatkan dan memuaskan.” (Direkodkan oleh Tirmizi, Muslim dan Abu
Dawud).
Menjilat jari sesudah makan seperti yang diamalkan
Rasulullah s.a.w. ada kebaikannya. Saintis yang membuat kajian berkenaan dengan
perkara ini mengatakan bahawa amalan menjilat jari selepas makan boleh
mempercepatkan proses penghadaman memandangkan di celah-celah jari terdapat 10
kali ganda lebih banyak enzim berbanding lidah. Sesiapa yang menghidapi masalah
berat badan berlebihan boleh cuba amalkan cara Rasulullah ni. Makanan yang
cepat hadam secara logiknya tidak akan menyebabkan kita menghidapi masalah
lebihan berat badan. Ini juga bermakna makan dengan menggunakan tangan adalah
jauh lebih baik daripada menggunakan sudu dan garpu. Dan sebagai tambahan,
tangan yang menyuap makanan ke dalam mulut mestilah tangan kanan, kerana tangan
kiri adalah suapan yang disertakan bersama dengan syaitan.
Rasulullah s.a.w. juga mempunyai beberapa larangan ketika
makan. Antaranya ialah:
Elakkan makan IKAN bersama SUSU
Elakkan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS
Elakkan makan SUSU bersama CUKA
Elakkan makan CUKA bersama IKAN
Elakkan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH
Elakkan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

No comments:
Post a Comment