Antara sifat-sifat Mazmumah
1) SYARHUL THAA'AM ; ertinya gemar kepada makan atau makan
terlalu banyak.
2) SYARHUL KALAM ; ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang
tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.
3) GHA'DHAB ; ertinya bersifat dengan sifat pemarah dan cepat melenting
walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.
4) BUKHL ; ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan
hartanya pada jalan Allah.
5) HASAD ; ertinya dengki akan ni'mat yang ada pada orang lain serta suka jika
orang itu mendapat kesusahan, melebihi dari dirinya.
6) HUBBUL JAH ; ertinya cintakan kepada kemegahan dunia secara keterlaluan
sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.
7) HUBBUN DUNYA ; ertinya cintakan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari
beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.
8) KIBR ; ertinya bongkak atau sombong, dan merasakan dirinya mempunyai
kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.
9) UJUB ; ertinya merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak
harta sehingga ia terlupa segalanya, adalah ni'mat dari Allah.
10) RIAK' ; ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk
mendapat pujian dan sanjungan untuk dipandang mulia oleh manusia bukan kerana
Allah.
No comments:
Post a Comment