Terdapat seorang lelaki kaya yang berada dalam keadaan sakit
tenat. Doktor mengatakan bahawa hidupnya sudah tidak lama dan akan meninggal
dunia. Maka, dia telah mewasiatkan perusahaan kepada dua orang anaknya, iaitu
Wahid dan Wahab. Dengan harapan agar anaknya akan menguruskan perniagaan yang
diwariskan.
Lelaki kaya itu memaklumkan kepada anaknya bahawa setiap
seorang daripada mereka akan mendapat perniagaan yang perlu diusahakan. Dia
berpesan agar anaknya menguruskan perniagaan itu dengan sebaik-baiknya. Selain
itu, dia juga sempat berpesan kepada anaknya untuk mematuhi dua syarat dalam
perniagaan jika mahu berjaya sepertinya. Syarat pertama, jangan keluar bekerja
apabila matahari telah tinggi, dan syarat kedua pula, jangan mengutip hutang
yang diberi pada pelanggan.
Tidak lama selepas itu lelaki kaya tersebut meninggal dunia.
Jadi, mereka dua beradik telah menggantikan tempat ayah mereka dalam urusan
perniagaan yang telah diwariskan. Sementara ibunya pula telah pulang ke kampung
halaman dan membiarkan anak-anaknya meneruskan perniagaan seperti yang telah
diwasiatkan.
Selepas dua tahun, si ibu telah kembali ke kota dan melawat
rumah anak sulungnya, iaitu Wahid. Lalu bertanya tentang perusahaan yang telah
mereka uruskan selepas kematian ayahnya.
Wahid menjawab dan memaklumkan kepada ibunya bahawa
perusahaan itu sudah jatuh muflis. Ibunya membalas dan bertanya sebab
perusahaan itu muflis. Wahid mengatakan bahawa syarat yang dipesan kepada
mereka telah dipatuhi. Dia tidak pernah keluar bekerja apabila waktu tengahari.
Kerana dia tidak boleh memandu kereta, dia hanya tahu membawa motorsikal
sahaja. Maka, dia terpaksa menaiki teksi ke pejabat setiap hari sehingga
menyebabkan banyak wang pernigaan dihabiskan untuk membayar tambang teksi.
Wahid juga mengikuti pesan ayahnya yang kedua iaitu tidak
memungut hutang pelanggan. Jadi, wang perusahaan telah habis dibelanjakan dan
dia sendiri tidak pernah memungut hutang dari pelanggan. Perkara ini telah
menyebabkan wang perniagaan habis. Ibunya mengeleng kepala sambil berlalu pergi.
Pada keesokan hari, si ibu telah pergi ke rumah Wahab pula.
Setelah bertemu, si ibu bertanya keadaan perniagaan yang diuruskannya. Si ibu
juga memaklumkan bahawa perniagaan Wahid telah jatuh muflis. Wahid dengan
senang hati mengatakan bahawa perniagaan yang diusahakannya semakin maju. Dia
juga telah mendapat keuntungan lima kali ganda daripada harta yang telah
diwariskan arwah ayahnya dahulu. Lalu si ibu bertanya apakah rahsia kejayaannya
sehingga mencapai tahap itu.
Wahab menjawab dengan mengatakan bahawa dia mengikuti pesan
ayahnya sebelum meninggal. Dia tidak pernah terkena sinar matahari kerana dia
keluar rumah sebelum matahari terbit lagi. Dia hanya akan pulang ke rumah
selepas matahari terbenam. Maka, dia tidak pernah terkena sinar matahari. Pesanan
ayahnya yang kedua juga dipatuhi, dia tidak pernah meminta hutang kerana dia
tidak memberikan pelanggan berhutang dengannya. Kerana itu dia tidak pernah
mengutip hutang dan ianya sama seperti pesanan si ayah. Si ibu tersenyum puas
dengan kejayaan anaknya itu.

No comments:
Post a Comment