Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad
SAW bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan
pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1-Aku telah melihat
seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg
amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang
perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA
IBUBAPANYA.
2-Aku melihat seorang
dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan
oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3-Aku melihat seorang
dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis
lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS
kepada Allah.
4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang
diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan
dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA
YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap
kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa
puas.
6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi
yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir,
maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai
kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.
7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan
gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang
mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru
kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke
mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT
lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. Sabda
Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain
walaupun dengan sepotong ayat”